BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Selasa, 30 April 2013

Program Matrikulasi

Bismillahirahmanirahim...,

Assalamualaikum semua, entry aku kali ni InsyaAllah akan berkenaan dengan Program Matrikulasi samada setahun ataupun yang dua tahun khususnyaa sesapa yang dapat KOLEJ MATRIKULASI KEDAH. Sebelum tu aku nak ucapkan tahniah kat sesapa yang dpt Matrik ni. bukan senang kot nak dapat matrik ni. haha.Apa yang bakal aku taip ni semua bekenaan pengalaman aku sebagai seorang pelajar matrikulasi . Sorry lah kalau cerita aku nanti banyak pasai KMK ja. hehehe

Oke, Program Matrikulasi ni terbahagi kepada dua , Program Satu Tahun ( 2 Sem) dgn Program Dua Tahun ( 4 Sem) . Cuma Aliran Sains saja ada smpai Dua tahun, akaun xdak. Aliran Sains ni pulak terbhgi kepda 3 iaitu Modul 1, Modul 2 and Modul 3.

Modul 1
-Math
-Kimia
-Bio
-Fizik

Modul 2
-Math
-Kimia
-Fizik
-Sains Komputer

Modul 3
-Math
-Kimia
-Bio
-Sains Komputer

Subjek Tambahan
-Pendidikan Islam
-English
-Kokurikulum
-Kemahiran Dinamika
 semua subjek tambhan ni bukan tiap2 sem ada, ada yang ada, ada yang xdak depend on modul brapa.

untuk batch aku 12/13 ni, Modul 1 ni kira xnmpk perbezaan ketara sgt la jumlah pelajar laki ngan pompuan, tp yang nampak sgt2 ketara dekat modul 2 and 3. modul 2 sebhgian besar budak laki and modul 3 plak dimonopoli budak pompuan. Untuk pengetahuan semua, batch KMK 12/13 ni laki ada lebih kurang 600 org jaa tp pompuan ada smpai nak dekat 2000. byangkannnnn cena kami budak laki kt kmk tu? p memana sja smua budak pompuan rmai. hahaha. tp tpalaaa, rmai budak pompuan hat segak. hehehehe :P

Aku ni modul 1 so jadual aku agk pack compare dgn modul len. depa byk rilekss kottttt!!! tension aku. haha
nih bawah ni jadual aku untuk sem 2. sem 2 ni aku rasa jadual dia oke la skit dr sem 1 tu, sem 1 tu kdang2 aq rasa cm aq xdan nk bnyawa, mental kena kuat taw msok matrik ni.  .

nilaaa jadual aq sem 2

Prosen Pembelajaran kt Matrik ni bukan mcm skolah menengah dulu, mcm dulu mpa stay dlm kelas tunggu cikgu masok ja every time tukar subject, matrik ni dakkkk, setiap jam mpa kena bergerak sendiri p kelas baru, setiap jam kelas akan bertukar melainkan kalau ada amali sbb amali 2jam.Proses pembeljran kt mtrik ni dpt dibhgikan kepad 3 :

Kuliah
semua silibus mpa akan belajar dlm ni,setiap kali ada kuliah, mpa kna masok Dewan Kuliah Besar atau Dewan Kuliah Kecil. fokus leklok dlm kuliah sbb apa yang dh diajar xkn diajar balik.

ni kalau dlm DKB

ni pulak kalau dlm DKK

Tutorial
tutorial ni macam kelas la, tapi dalam 12 orang camtu ja. Klau batch mpa rmai org, mybe satu tutorial akan ada lbh kurang 25 org. tutorial ni ,lecturer hanya akan bincang soalan yg mpa xphm yg ada dlm buku tutorial mpa( mcm buku latihan ja) , Kalau mpa bernasib baik dpt lecturer yg baik, insyaAllah dy akan ajar balik apa yg kuliah ajar. kalau nasib mpa xbaik, mpa akan hanyutttt. trust me, i've done it before and i really regretted it . Satu Praktikum akan ada 2 tutorial, contohnyaa praktikum S1K1P7 akan ada dua tutorial iaitu S1K1T7(a) and S1K1T7(b) . kalau mcm modul 1, kami punya tutorial,satu praktikum trus akan msok kelas yg sama.


mcm nila tutor - ni tutor fzk SEM2

ni pulak tutor sem 1
Amali
amali ni mpa kena masok lab bwt experiment, syok wooo. tp yang xbest nyaaa bila dh abes sesuatu experiment, mpa kna submit lab report dlm masa dua hari, depend on lecturer jgk, dpt lectrer yg baik dia akan minx mpa submit dlm msa seminggu. untunglaaaa!

lab bio. dissecting rat. sem 2
ni Lecturer Lab Physic aku sem 1, nama dia Miss Shiqah.
Matrik ni kelas dia siang ja, dri pukul 8pg smpai 4 ptg, ada yg smpai kui 5. nasiblaaa. hahaha. rehat sejam ja pukui 1. sbaq nohhhh, fast track memang ceni.semuanya di compresss dlm satu masa, tp rileks ja. xstress sgt insyaAllah.

Lain2 kelas tu mcm kelas agama,kokurikulum,kemahiran dinamika. Kelas2 mcm ni smua slalunya kelas enjoy jaa. nk bg kurangkn stress. mcm kelas agama besalaaa hafazan wajib dh ada. hahaha. Kelas koku ni best, kelas mpa akan dpt satu sukan, xksahla sukan apa,tp depend kt lecturer koku mpa dy nk bg apa kt mpa. mcm aku dapat skuasy, best kottt, aq xpnah taw pon nak men tp lani dh jadi legend dlm kelas aq. haritu ptndingan skuasy dlm kelas aq dpt johan. hahaha. kelas koku ni semua best kecuali kalau mpa dpt KAWADDDDD, aq xmao cta kenapa. mpa masok matrik nanti mpa observela sndirii. hahahha. Kelas Kemahiran Dinamika pulak akan train mpa tntang adab2 and train mpa untuk BERCAKAP. nanti akan ada pengucapan awam and mpa kna p depan kelas and bg speech. hahaha.

oke ni pendapat aku tentang matrik,
bg aku matrik ni xsusah kalau mpa stay on the track dy, jgn memain sgt, satu tahun ja weyh, jgn bazirkn setaon tu,kalau mpa xdpt pointer elok untuk PEPERIKSAAN SEMESTER PROGRAM MATRIKULASI( PSPM) mpa akan ditawarkan program dua tahun.so jangan bazirkn setaun tu . Life kt mtrik ni kdang2 mpa akan rasa sgt2 stress sbb jadual dy sgt pack, tp tpa, mpa kena pndai organize msa laaa. dlu time awai2 aku masok tu aq lg la stress sbb lmbt adapt, tp bila dh adapt tu dh tpa dhlaa. alah bisa tegal biasa la kn? huhu. kt mtrik ni mental kna kuat, bkn sbb study, tp sbb kwn2, batch aku ni smua org pakat gila DOTA smpai byk yg tuang kelas sbb game tu, depa dh jd tlalu enjoy smpai hnyut. kesian plak aku kt depa, haihhh. pokoknya di sini ( slank indon) , mental mpa kna kuat!apa yang mpa xphm, trus p CUBICLE ( mcm bilik guru jgkla) . tnya lecturer, insyaAllah lecturer akan tolong mpa.

Cubicle

semua total exam dalam matrik ni ada 4 ja, ada Ujian Pertengahan Semester 1,PSPM 1,UPS 2 and PSPM 2. study hard and get good pointer oke? xpyh pon nk dpt pointer cun kalau mpa study leklok. seyes weyh, pkiaq masa depan leklok, mpa setaun ja, kalau mpa xdpt pointer elok, nnty nk smbong degree dpt course lelong, kesian kot, punah cita2 mpa.

dh aq xlqat taip dh, ni bwh ni gambar sekitar KMK. tgoklahhhhhhh,

ni blah parking blkang blok kediaman laki

bangunan Langkasuka dr sudut blkng

yang kaler kuning tu blok laki

yang ni area dewan kuliah

jalan penghubung dewan kuliah dgn blok tutorial

dataran pelajar 

bangunan langkasuka dr sudut depan

ni Secawan Copy, kedai ni mcm kdai alat tulis la. nanti semua nota mpa kna mai cri sendiri taw kt sni

Dataran Pelajar

Dataran Pelajar dr tingkat 3 blok laki


yang bangunan tu ada perpustakaan, language lab, koperasi and borakborak cafe

yg kaler putih tu pulak blok pompuan







apa yg aku suka dkat matrik ni, dy ada byk lawatan and aktiviti , tp lawatan tu bukan mai begolek kt mpa la, mpa kna pndai2 cri and cpt2 join laaa. murah kot. sbb kolej support sma.

Ni lawatan p genting, tobat berbaloi.huhu

ni pulak aku join p Pangkor

Ni yg memori of lifetime, berbasikal dr KMK smpai bukit wang, jaoh gilaaa. tp best.huhu
Memori dgn kwan2 terbaikkkkkkkkk!

Ni Praktikum aku Sem 2

Ni praktikum aku Sem 1

Jamuan kelas dkt umah Miss Maishara.bestttt
Beloved roomates :)

Alhamdulilah aku baru selesai paper last fizik td, and aku harap batch baru yg akan masok ni lebih baik dr kami. Susah atau Senang bergantong kat diri sendiri, kalau diri tu sanggup, insyaAllah kejayaan menanti di penghujung nya. Gudluck for new Junior Matrik yg nak baru masok. InsyaAllah yang mana akan masok KOLEJ MATRIKULASI KEDAH 27MEI 2013 jangan tekejut plak jumpa aku nanti masa MINGGU PENGURUSAN PELAJAR BARU sebab aku salah sorang faci yang akan tortured mpa nanti. hahahha( gelak jahat) .

exam sudahhhh abis, cuti 4 bulan. yeay!
untuk sebarang pertanyaan, tanya ja aku dlm fb nuhhhh. :)
untuk sesapa yg gila explore fb tuh, visit this page for more pix about KMK . http://www.facebook.com/media.kmk?fref=ts. hope apa yg aku tulis ni dpt membantu. Sekian. Assalamualaikum :)